Berita Terkini
recent

Sakit Kerana Salah Sendiri - Ismail Izzani

DEMI meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian, penyanyi baharu Ismail Izzani tidak mahu melakukan pembedahan membuang tonsil biarpun sudah serius.

Ismail, 17, berkata dia membuat keputusan tersebut disebabkan bimbang suaranya tidak akan sama seperti sekarang jika melakukan pembedahan itu.

"Saya sepatutnya perlu melakukan pembedahan membuang tonsil sebab ia dah teruk. Tapi saya ambil keputusan untuk tidak melakukannya.

"Kalau saya buat juga akan kehilangan suara selama lebih lima bulan. Jadi, saya pilih untuk pulih secara sendiri.

"Bidang nyanyian adalah minat saya. Tambahan pula, ada banyak acara dan program yang saya perlu hadir," kata Ismail .

Tambah penyanyi lagu Sabar ini, doktor menasihati dia supaya menjaga pemakanan dan minuman serta mengambil ubat untuk memulihkan masalah tonsil.

Ismail mengakui tonsil yang dihidapinya itu sejak kecil lagi semakiin teruk disebabkan perbuatannya sendiri.

"Buat masa ini, doktor suruh makan ubat, jaga pemakanan dan minum air masak dengan banyak.
"Supaya tonsil boleh baik dengan sendiri. Saya ada masalah tonsil sejak kecil lagi. Tapi semakin teruk disebabkan salah sendiri.
"Saya suka makan dan minum air yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan tonsil berdarah," ujarnya.

Ismail dimasukkan ke sebuah hospital swasta untuk merawat masalah tonsil pada 6 Oktober lalu selama empat hari.

Dalam perkembangan lain, Ismail teruja apabila bakal beraksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 32.

"Saya sangat gembira dapat berita yang saya berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik.
"Tak sangka sebab ramai lagi saingan yang hebat-hebat. Saya berharap sangat impian untuk membawa lagu Sabar ini masuk ke Anugerah Juara Lagu akan tercapai," katanya.
Dia kini sedang sibuk mempromsikan single terbaru berjudul Demi Kita.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.