Berita Terkini
recent

Saingan sengit GV4

MELIHAT kepada senarai nama peserta dalam program Gegar Vaganza musim keempat ini, Gempal rasa auranya sudah tiba malah lebih kuat daripada sebelum ini. Apakan tidak, jika diteliti satu persatu daripada senarai nama tersebut, bukan calang-calang penyanyi yang bertanding.

Antara yang menjadi sebutan adalah penyanyi hebat Liza Hanim yang sudah lama tidak muncul, Aishah yang terkenal dengan suara lunaknya serta komposer hebat Hazami.  Kehadiran ketiga-tiga mereka di pentas GV4 agak memeranjatkan kerana mereka dianggap eksklusif dalam kategori masing-masing. 

Justeru, penyertaan mereka akan menjadikan GV4 pastinya lebih sengit. 


Pun begitu, artis lain juga tidak boleh dipandang mudah kerana mereka juga pastinya akan berhabis-habisan untuk persembahkan yang terbaik. Mereka terdiri daripada Raja Azura, Syura Badron, Elyana, Tia Jinbara, Aqasha, Lan Kristal dan Haida yang bakal memberi saingan. Tambah sengit lagi apabila Astro tampil dengan idea baru iaitu memberi kelainan dengan turut memasukkan penyanyi dari Singapura dan Indonesia iaitu Ferhad dan Firman. Nampaknya Astro benar-benar serius mahu melebarkan lagi konsep nusantara dengan menggabungkan ketiga-tiga negara di atas satu pentas. 


Bagi Gempal ini merupakan satu kelainan dan percubaan yang menarik untuk ditonton.  Apa salahnya.  Lagipun Ferhad dan Firman juga nama yang popular di negara kita.  Persaingan yang sihat ini pastinya lebih menarik untuk ditonton. 

Gempal tak sabar untuk menunggu konsert mingguan yang akan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, mulai 29 Oktober ini.

Ratu Rock jelajah Malaysia

Selain daripada GV4, Gempal turut tak sabar untuk menonton persembahan Ratu Rock, Ella. 

Untuk makluman pada 22 September lalu, Ella muncul dengan karya terbarunya setelah 10 tahun semenjak album terakhir beliau pada 2007. Album Peace.Love.Rindu dilancarkan dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia.

Oleh itu, Ella kini giat mengadakan jelajah promosi album ini di mana Ella akan turun padang sendiri ketujuh lokasi di seluruh Malaysia. Wow hebat. 

Ella menghadiahkan album Peace.Love.Rindu kepada peminat-peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kariernya sebagai penyanyi.  Sehubungan dengan itu, Ella mahu meletakkan kuasa di tangan peminat untuk memilih sendiri lokasi jelajah kali ini melalui undian atas talian.

30 pengundi bertuah juga berpeluang untuk sesi beramah mesra bersama Ella sendiri di lokasi jelajah itu nanti.

Ella yang terkenal dengan persembahan bertenaga, begitulah sesi jelajah ini kerana Ella akan mempersembahkan sendiri lagu-lagu baru dan juga lama. Antara lokasi yang mungkin dilawati EllA :

SACC Mall Shah Alam dan Setia Alam Mall, Selangor; Waterfront Kuching, Sarawak; Teluk Cempedak Kuantan, Pahang; Danga Bay dan Sutera Mall Johor Bahru; Tesco Ampang, Kuala Lumpur; Alor Setar Mall, Kedah; Penang Autocity dan Penang Times Square, Pulau Pinang; Padang Besar, Perlis; Pantai Batu Buruk dan Payu Bunga Square, Terengganu.

Justeru jika mahukan Ella berada di lokasi-lokasi ini, kenalah undi di laman sesawang http://player.lemonadebox.com/peaceloverindutour .
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.