Berita Terkini
recent

RUU355: Pas baru sedar realiti

Cadangan Pas mahu menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) mungkin kerana baru menyedari perkara itu perlu mendapat sokongan.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, seharusnya sesuatu usul yang ingin dibawa perlulah dibincang dan mendapat persetujuan terlebih dahulu.

“Ini pengalaman yang kita (kerajaan) lalui dan cuba beritahu Pas. Jangan kita beritahu pada rakyat seolah-olah benda itu mudah, sampai masa kita tak boleh buat.

“Dalam politik ini kena berdepan dengan realiti, Pas mungkin baru sedar. Kalau nak buat satu benda kena pastikan orang sokong, nanti kalau tak lulus buang masa saja,” katanya ketika ditemui di Majlis Assyura Istimewa Perapat OPT di sini, hari ini.


Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed membayangkan Pas berkemungkinan membawa RUU355 ke Parlimen hanya selepas PRU14.

Mahfodz berkata, RUU355 terpaksa ditangguhkan kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya Umno dan ahli parlimen beragama Islam yang lain.

Annuar turut menafikan Umno tidak memberikan sokongan kepada RUU355.

“Jika Pas nak tangguh, itu terpulanglah kepada mereka. Tetapi bagi Umno kita sokong RUU355 yang merupakan usaha untuk memperkasakan sistem mahkamah syariah.

“Kita sokong bukan kerana ia dibawa oleh Pas tetapi ia untuk meminda akta sedia ada bagi disesuaikan dengan keadaan semasa. Jika ada yang menentang, mereka itu hanya mengada-ngada,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.