Berita Terkini
recent

Rita Rudaini Teringin Nak Ada Cahaya Mata Perempuan

Kini ramai selebriti yang sedang hamil, antaranya adalah Zizie Ezette, Eira Syazira, Nora Danish dan yang terbaru Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pelakon cantik, Rita Rudaini memberitahu kepada sebuah sumber bahawa dia seronok melihat selebriti terkenal yang sedang hamil sekarang dan sebagai seorang wanita juga ibu dia memendam hasrat untuk mempunyai cahaya mata perempuan.

“Seronok tengok orang mengandung sebenarnya. Dalam hati memang rasa teringin sangat nak ada anak perempuan,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Namun begitu, Rita berkata dia menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa kerana sesungguhnya setiap rezeki itu datang dari ALLAH SWT.

“Kalau ditanya tentang anak angkat rasanya belum sampai masanya lagi sebab saya mahu zuriat itu daripada darah daging saya sendiri.

“Sebab itulah saya membela seekor kucing betina bernama Dahlia. Bolehlah buat peneman,” katanya lagi.



Terdahulu, Rita pernah melalui dua kali fasa penceraian namun begitu dia berkata, dia tidak serik untuk berkahwin lagi.

“Sehingga sekarang saya masih solo dan tidak serik pun untuk berkahwin. Cuma hakikatnya saya tidak mencari,” ujarnya.

Bagi pelakon cantik ini, dia kini bahagia dengan anak-anak dan jika ditakdirkan ALLAH SWT menghantar jodoh kepadanya, dia mengharapkan lelaki itu menjadi yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.

Untuk info Rita mempunyai dua orang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil daripada perkahwinannya dengan bekas suami kedua, Aidil Zafuan yang merupakan seorang pemain bola sepak negara.

Insya ALLAH jika diizinkian tuhan siapa tahu Rita akan bertemu jodoh lagi selepas ini dan dikurniakan cahaya mata perempuan.

Semua rezeki itu datang dari yang Maha Esa dan kita hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja daripadaNYA.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.