Berita Terkini
recent

Risteena Tidak Kisah Jika Adiknya, Ruhainies Bertemu Jodoh Dahulu

Pastinya anda kenal dengan pelakon cantik, Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim yang kini semakin menempa nama di dalam industri lakonan tanah air.

Menurut satu sumber, Risteena memberitu yang dia kini ada berkawan rapat dengan seorang lelaki namun hubungan itu masih belum serius untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Kata pelakon cantik ini, lelaki tersebut hanya orang biasa yang bukan datang dari golongan pelakon dan industri seni.

“Saya ada berkawan dengan seseorang tapi belumlah sampai tahap serius ingin berkahwin. Orang itu bukanlah pelakon atau bekerja dalam industri,” katanya.

Menurut Risteena lagi, dia berkata buat masa ini dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi.

“Setakat ini saya belum bersedia untuk berkahwin lagi, Insya-Allah mungkin dalam tempoh dua tahun lagi,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Risteena mengatakan dia tidak kisah jika adiknya yang juga pelakon, Ruhainies bertemu jodoh terlebih dahulu daripada dia.

Apabila bercakap soal jodoh, ianya adalah ketentuan yang sudah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Bila sudah tiba waktu yang tepat pasti jodoh itu datang dan hati juga turut terbuka untuk menamatkan zaman bujang.

Semoga segala yang dirancang oleh Risteena dipermudahkan dan hubungannya yang dijalinkan baik-baik sahaja.

Risteena juga berkata dia kini sedang sibuk dalam memberi fokus utama kepada kerjaya lakonannya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.