Berita Terkini
recent

Risau Digelar Tua Tak Sedar Diri, Vida Sorok Teman Lelaki

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) sebelum ini pernah mengakui sedang mengenali seorang jejaka Eropah berwajah persis selebriti bola sepak dunia, David Beckham yang berusia awal 30-an.

Menerusi laporan Kosmo!, pengasas produk kecantikan Vida Beauty itu berkata tidak mahu bersikap gopoh untuk menamatkan zaman jandanya. Namun dia berjanji akan memperkenalkan teman lelakinya itu kepada peminat dunia hiburan tempatan, apabila tiba masa yang sesuai.

"Saya tidak mahu bercerita lebih dan bersifat gopoh. Tengoklah macam mana nanti kalau ada peluang, saya ingin juga ‘menjual’ dirinya dalam industri hiburan tanah air.

"Sekarang, saya simpan dulu dan kalau sudah sampai waktunya, saya akan dedahkan kepada orang ramai. Mungkin saya melibatkan dia dalam projek lagu atau klip video seterusnya, siapa tahu?

"Namun, kalau saya melebih-lebih nanti, risau pula orang fikir saya tua tak sedar diri. Apa pun saya tidak peduli, usia hanya nombor," katanya yang berjaya mencetus fenomena menerusi lagunya, I Am Me.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.