Berita Terkini
recent

Redha rezeki Azharina

PENYANYI Azharina Azhar, 32, kini mengambil seorang lagi anak angkat yang diberi nama Redha Azharin Azhar.

Bayi lelaki yang dilahirkan semalam dengan berat 3.2 itu adalah anak angkat ketiganya selepas anak angkat pertama dan keduanya, Rahmat Azharin Azhar dan Rizqie Azharin Azhar.

“Alhamdulillah, ini satu lagi rezeki untuk saya dah keluarga. Pada April lalu ibu kepada Redha menghubungi saya, lebih kurang sebulan selepas Rizqie meninggal dunia.

“Dia meminta saya menjadikan bayi yang dikandungnya sebagai anak angkat kerana berdepan masalah kewangan sebagai ibu tunggal.

“Namun, pada waktu itu saya tidak menjanjikan apa-apa kerana masih bersedih dan belum bersedia,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai pemilihan nama anak ketiganya itu, Azharinya berkata ia ada kaitan dengan Rizqie.

“Redha bererti kami sekeluarga reda dengan pemergian Rizqie. Sekali pandang, wajah Redha seiras Rahmat dan Rizqie,” katanya.

Ditanya mengenai pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga anak angkatnya itu, Azharina berkata pemilihan kali ini lebih teliti.

“Saya trauma selepas kehilangan Rizqie. Kali ini, saya mengambil pengasuh yang bertauliah dan berpengalaman untuk menguruskan Redha,” katanya.

Azharina turut meluahkan hasratnya untuk membuka rumah anak-anak yatim bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk membesarkan anak.

“Saya menjadikan pelakon Angelina Jolie sebagai inspirasi. Kalau boleh, saya ingin membuka rumah anak-anak yatim atau pusat asuhan untuk menjaga anak-anak ini,” katanya.

Rahmat kini mencecah usia 3 tahun manakala Rizqie pula meninggal dunia selepas mengalami komplikasi daripada pelbagai jenis penyakit.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.