Berita Terkini
recent

Rebut wang tunai RM10,000

Program masakan popular Versus 1001 Rasa Baba’s kembali lagi dengan menampilkan kelainan buat penontonnya di TV3.

Kali ini peserta akan mendapat panduan daripada mentor mereka yang terdiri daripada cef selebriti dan individu profesional yang terbabit dalam bidang masakan.

Buat julung kalinya, Cef Kamarul dan Cef Adu digandingkan selaku hos di pentas Versus 1001 Rasa Baba’s.

Ketika ditemui, Kamarul mengakui dia sangat teruja digandingkan dengan Adu dalam program masakan itu.



“Kami tiada masalah mendapatkan keserasian kerana masing-masing sudah berpengalaman mengendalikan program masakan sebelum ini.

“Program ini akan ditayangkan 13 episod sebelum dimasukkan ke Facebook untuk fasa seterusnya.

“Menyusul selepas itu, Versus akan kembali semula ke TV3 untuk peringkat akhir bagi merebut hadiah utama bernilai RM10,000,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran program berkenaan di sebuah hotel terkemuka di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Datuk Ahmad Izham Omar dan Ketua Pengiklanan dan Promosi Baba’s Claudian Navin Stanislaus.

Sementara itu, Navin berkata, program Versus 1001 Rasa Baba’s juga dilancarkan sempena meraikan empat dekad jenama serbuk kari dan rempah popular di Malaysia itu.

“Pelbagai aktiviti kempen dan program menarik dianjurkan sebagai tanda terima kasih kepada pelang­gan setia Baba’s.

“Selain menjadi penaja beberapa program TV seperti program Versus 1001 Rasa Baba’s, kami juga akan memberi 50 tiket ke Gold Coast, Australia kepada pengikut setia laman web Baba’s,” katanya.

Barisan mentor program ini terdiri daripada cef selebriti dan profesional dalam bidang masakan seperti Cef Zubir, Cef Papa Joe, Cef Azizan, Cef Logan, Cef Aravin, Jochen, Cef Ramu dan Cef Darren.

Barisan juri jemputan ialah pelakon Angeline Tan, Zarina Zainuddin, Mahamaru, Fiza, Ida Aziz dan Rosmarlinda.

Program Versus 1001 Rasa Baba’s akan bersiaran setiap Khamis jam 5.35 petang bermula 26 Oktober ini di TV3. Siaran ulangannya ditayangkan pada Isnin berikutnya pada jam 5.35 petang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.