Berita Terkini
recent

Rasuah: Bekas kakitangan pejabat MB ditahan

Seorang bekas kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor dan seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati  ditahan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek pembekalan cenderahati pejabat Menteri Besar, tahun lalu.

Suspek pertama merupakan bekas pembantu tadbir  ditahan di pejabatnya jam 12.30 tengah hari tadi.



Menurutnya sumber, suspek berusia 38 tahun itu dipercayai menerima rasuah  RM16,566 daripada suspek kedua sebagai balasan mengesyorkan syarikat itu sebagai pembekal cenderahati kepada Pejabat Menteri Besar.

Susulan itu, SPRM menahan suspek kedua yang berumur 52 tahun itu jam 3.30 petang.

"Turut ditahan dalam kes ini adalah isteri kepada pemilik syarikat berkenaan kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek," katanya.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

"Kesemua suspek akan direman di Mahkamah Shah Alam pagi esok," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.