Berita Terkini
recent

'Rasa seperti terhegeh-hegeh'

"Kenapa tahun sebelumnya saya dipanggil memperkenalkan diri , tapi musim ini saya langsung tidak diberi peluang untuk bercakap".

Itu luahan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang juga penaja utama Gegar Vaganza musim keempat yang terkilan dengan pihak Astro apabila dia tidak diberikan peluang bercakap di sidang media program realiti itu, semalam.

Vida berkata, dia berasa seperti terhegeh-hegeh apabila hadir ke majlis itu sedangkan dia adalah penaja utama program itu untuk empat musim.

"Saya dibiarkan duduk seperti ‘tunggul kayu’. Saya rasa sedih, malu, marah dan sakit hati tapi saya kawal perasaan ini kerana tidak mahu dianggap seperti buat 'drama'.

"Saya mengharapkan pihak Astro memberi saya peluang bercakap kerana ini adalah platform untuk saya mempromosikan produk.

"Sudahlah saya bersusah payah melaram mencari pakaian yang 'meletop' untuk hadir ke majlis itu tetapi langsung tidak diberikan peluang bercakap sepatah pun,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Vida, dia berharap pihak Astro dapat menebus semula tindakan dan layanan yang diberikan terhadap dirinya.

"Pihak Astro ada menghubungi saya, tapi jiwa saya masih kacau. Saya masih tidak boleh lupakan perkara yang berlaku. Bagi saya ruang untuk dapatkan semangat ini semula,"katanya.

Semalam, Vida menyelar pihak Astro di Instagram kerana tidak memberinya peluang bercakap di sidang media program realiti itu.

Vida memuat naik empat rakaman video berserta status meluahkan rasa kurang puas hati dan kecewa terhadap Astro di Instagram sebaik sidang media itu tamat.

Sementara itu, pihak Astro ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen mengenai kenyataan Vida.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.