Berita Terkini
recent

Rakan Artis, Peminat Turut Gembira Buat Siti Nurhaliza

Semalam penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 38, telah berkongsi berita gembira bahawa beliau sedang hamil empat bulan.

Berita baik tersebut dikongsi Siti pada majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan secara sederhana di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang malam tadi.

Berita gembira ini membuatkan ribuan komen membanjiri di Instagramnya dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis termasuk Neelofa, Vivy Yusof, Aliff Syukri serta ramai lagi.



Perkongsian baby bump Siti itu telah menerima lebih daripada 290,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Siti agar dipermudahkan segala urusan sehingga bersalin nanti.

Akhirnya penantian pelantun lagu Mikraj Cinta dan suami selama 11 tahun terbayar dengan diberikan khabar yang cukup gembira.

Malah, berita ini cukup untuk menutup segala tohmahan yang diterima Siti yang mengatakan beliau tidak pernah mencuba untuk mendapatkan zuriat.

Siti dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Kakigosip turut gembira buat Siti dan suami serta berharap pengumuman penyanyi nombor satu ini dapat menutup segala spekulasi yang bertebaran sepanjang empat bulan lalu.Tahniah!
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.