Berita Terkini
recent

Rain Timang Cahaya Mata Perempuan

Tahniah diucapkan buat pelakon terkenal korea, Rain atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon dan isteri, Kim Tae Hee yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka.

Menerusi akaun Instagram kepada penyanyi dan juga pelakon itu, dia ada berkongsi satu berita gembira bahawa dia kini sudah menimang cahaya mata perempuan.

Malah, aktor itu turut menyatakan rasa gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka.
Berita gembira ini juga dikongsikan Rain dengan memuat naik foto sepasang sarung kaki kecil berwarna putih dengan bunga berwarna merah jambu di bahagian hadapannya.

Dalam pada itu, ruangan komen di foto berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat di seluruh dunia.

Mereka juga mendoakan agar Tae Hee dan anaknya perempuanya berada dalam keadaan sihat.
Dikhabarkan, Tae Hee bersalin secara pembedahan caesarean dan proses itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Terdahulu, Rain dan Tae Hee telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 Januari lalu dalam satu majlis tertutup.

Semoga bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan diharap dengan kelahiran cahaya mata baru ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.