Berita Terkini
recent

Rahman Dahlan dahului senarai penerima darjah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendahului senarai 1,023 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-64 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, esok.

Abdul Rahman yang merupakan Anggota Parlimen Kota Belud itu adalah antara tujuh penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) iaitu darjah kebesaran tertinggi Sabah yang membawa gelaran 'Datuk Seri Panglima'.

Turut menerima penganugerahan darjah kebesaran itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Tugas-tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang; Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Penerima lain ialah Ahli Majlis Penasihat Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Tuanku Balanggung dan Pengarah Eksekutif Tanjung Aru Eco Development Datuk Victor Subbrayan Paul.

Adun Kuala Penyu Limus Jury pula antara 67 orang dianugerahkan darjah kedua tertinggi negeri iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din; Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah Abdul Manap Lakariba; Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Dr D Kamarudin D Mudin dan Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Zulkapri Rahamat turut dianugerahkan darjah itu.

Penerima PGDK yang lain ialah Dr Hiew King Cheu; Abdul Razak Harris; Ahmad @ Asmat Nangka; Ahmad Awang Hashim; Alexander Lo Su Hyen; Anthony Lau Bong Horng; Anthony Linggian @ Chong Yuk Ken; Awadnir @ Mohd Aruddin Matanggal; Awang Damit Awang Anak; Catherin Mary Rose Sedomon; Chin Tet Fong; Prof Dr Danny Wong Tze Ken; Dr Dayu Sansalu; Dg Haja Balbangsa Datu Bachtiyal; Eddie Abdullah; Ejungmah Latun @ Eyung Latun; Hajam Lajam Alam; Hanafi Abdullah; Datuk Harun Ismail; Husain Kasau; Idrus Shafie; Iskandar Mohd Kaus; Ismail Awadan; Ismarah Madcasar; Jahari Mohd Dun; Jalidar Abdul Rahim; Dr James Thurairatnam C Jeremiah; Jasni Matlani; Johnny Tan Kulai; Dr Joseph Ahlan; Kasmin Awong; Kenneth Boon; Kwek Shee Liang @ Kwok Szu Liang; Ladislaus Maluda dan Leow Lam Tiong.

Turut menerima PGDK ialah Liew Chee Keong; Ling Kuok Tiang; Lo Kim Tong; Lok Eow Chong; Maisuri Besri; Maming Staming; Melter Jiki Tais; Melvin Kiandee; Dr Minggu Jumaan; Mohd Daud Aman; Mohd Shariff Ibrahim; Nagaraju Applasamy; Patrick Chin Su Kim; Penyuki Matta; Peter Govind @ Mohd Farid Abdullah; Rimin Maidin; Roslan Bian; Saidon @ Saidun Kadis; Susan Chang Huan Soon; Datin Dr Tarsiah Tz Taman; Venkata Cheliam Subramaniam; Wilis @ Mojiron Ansoi; William Majinbon; Wong Chee Kiong; Ir Yahiya Awang Kahar dan Zinuddin Abdul Wahab.

Sementara itu, Adun Kemabong Datuk Rubin Balang pula antara 14 orang yang dianugerahkan Jaksa Pendamai (JP).

Turut dianugerahkan JP ialah Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sabah Normalah Rasik.

Selain itu, Chai Yun Kiong @ Joseph Chai; Dr Edmon Guntis; Hairul Vaiyron Othman; Datuk Harris Mathews; Kevin Kog Chen Foong; Lai Nyat Yin @ Vickey Yee; Mohd Rashid Mohd Tahir; Mosinal @ Richard Kastum; Omar Raisul As Salam Syah Sulaiman; Datuk Peter Pang En Yin dan Rokiah Saleh turut menerima penganugerahan berkenaan.

Sejumlah 88 orang pula menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) termasuk Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin; Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam dan Pengarah Hospital Tawau Dr Norlimah Arsad.

Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah dan Juruterbang Pesawat Tempur Tentera Udara DiRaja Malaysia Mejar Patricia Yapp Syau Yin pula menjadi antara 156 orang penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Sementara itu, sejumlah 233 tersenarai sebagai penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK); 306 penerima Bintang Kinabalu (BK); dan 152 orang menerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).
Powered by Blogger.