Berita Terkini
recent

Presiden Persatuan Jawab Mesej Cerca Sahara Yaacob

PENDEDAHAN penyanyi Sahara Yaacob mengenai dirinya dicerca melalui perbualan mesej di aplikasi sosial WhatsApp selain luahannya tidak diterima sebagai ahli sebuah persatuan di Facebook mendapat perhatian ramai.

Enggan terus berdiam diri, pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM), Kismah Johar memberitahu segala tohmahan yang dilemparkan oleh penyanyi itu ditujukan kepadanya.

Bagaimanapun kata Kismah, semua perkara yang didakwa Sahara adalah fitnah dan ia didalangi oleh seorang bekas pemimpin kanan persatuan itu yang tidak berpuas hati dengannya.

"Jujur saya katakan, YAVM tidak pernah menolak Sahara untuk menjadi ahli malah kami mengalu-alukan kehadirannya sebagi ahli.

"Namun sehingga kini dia tidak pernah memohon untuk menjadi ahli dan bagaimana kami hendak membantunya jika dia berada dalam kesusahan?

"Kami di YAVM masih banyak ahli berdaftar yang memerlukan bantuan dan sudah tentu kami mengutamakan mereka berbanding bukan ahli," katanya .

Kismah yang juga seorang dramatis memberitahu, Sahara berani mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai diri dia dan YAVM kerana penyanyi itu mendapat sokongan bekas pemimpin kanan persatuan itu yang digugurkan daripada jawatannya kerana hal dalaman.

Dedah Kismah, isu bermula apabila individu itu mempunyai hubungan rapat dengan Sahara dan pihaknya dituduh enggan membantu Sahara yang dalam kesusahan.

"Saya tidak kisah apa sahaja hubungan mereka tetapi jangan terus melulu menuduh persatuan dengan pelbagai tuduhan tidak masuk akal.

"Bukannya persatuan tidak mahu tolong walapun Sahara bukan ahli tetapi dia langsung tidak bersabar.

"Belum apa-apa dah sebar macam-macam fitnah dan paling mengecewakan orang penting persatuan saya sendiri pun menuduh kami macam-macam," jelasnya.

Menjawab mengenai dakwaan perbualan ahli kumpulan WhatsApp persatuan itu menghina Sahara, Kismah mengakui wujud perbualan tersebut namun bukan dia yang menulis mesej tersebut.
Jelasnya, ia perbualan peribadi dalam kumpulan WhatsApp persatuan dan paparan skrin itu tidak sepatutnya didedahkan kepada orang luar.

"Tidak perlu saya beritahu siapa dalang mendedahkan perbualan itu kerana orang boleh menilainya sendiri malah saya tidak perlu campur tentang urusan peribadi seseorang.

"Perbualan di WhatsApp itu pada awalnya hanya berkisar mengenai nasihat saya kepada semua ahli agar sentiasa beringat walau sebesar mana pun pendapatan jangan lupakan persatuan.

"Apa yang terdedah itu tidak menceritakan keseluruhan situasi dan persoalan saya kenapa hendak sebarkan perbualan itu... ia peribadi dan hanya dalam kalangan ahli WhatsApp sahaja," jelasnya.
Sementara itu, Kismah berkata, dia tidak berniat untuk memperbesarkan hal itu namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ia melampaui batas.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.