Berita Terkini
recent

Polis 'bermesra' ketika bertugas ditukar

Seorang lagi anggota polis ditukarkan serta merta selepas gambar 'mesra' dengan seorang wanita tular dalam media sosial sejak hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, tindakan itu diambil serta merta setelah pihaknya dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Mohd Khalil berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang  dijalankan.

Gambar anggota yang difahamkan dari unit rondaan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat didapati memegang tangan dengan seorang wanita yang berpakaian seluar pendek dan bersinglet.
Powered by Blogger.