Berita Terkini
recent

Pewaris takhta Johor diberikan nama...

Pewaris takhta Johor,  anakanda kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli mengumumkan nama cucunda kedua Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mendapat perkenan tuanku baginda.

"Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Ta'zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Terdahulu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda dikurniakan seorang putera pada 14hb Oktober 2017 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Khabar gembira tersebut dimuatnaik dalam posting terbaru laman Facebook JOHOR Southern Tigers yang merafak syukur kepada ALLAH SWT dan mengucapkan tahniah kepada pasangan DiRaja itu.

Pada tahun lalu, Tunku Ismail dan isterinya dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail.

Putera kepada Tunku Mahkota Johor itu merupakan cucu kedua buat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.