Berita Terkini
recent

Peserta Clever Girl Kantoi?

Beberapa minggu lalu heboh di media sosial tentang cerita salah seorang peserta program realiti TV, Clever Girl iaitu Kiera yang berasal dari Pulau Pinang telah menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Kali ini sekali lagi program Clever Girl ini telah mendapat perhatian ramai apabila salah seorang seorang peserta bernama, Shazana atau nama sebenarnya Shazana Kamarzaman, 24, dari Selangor telah menjawab soalan terlebih dahulu sebelum pilihan jawapan diberi.

Perkara itu membuatkan penonton tertanya-tanya bagaimana Shazana boleh mengetahui jawapan yang betul untuk soalan yang diberikan oleh penasihat pertandingan itu, Datin Sharifah Shawati sedangkan dia belum mengetahui kesemua pilihan jawapan lagi.

Soalan yang diberikan berbunyi, di antara karya berikut yang manakah adalah hasil tulisan Usman Awang?

Pilihan jawapan yang sempat diberi hanya satu iaitu A) Salina B) Jiwa Hamba dan tanpa sempat Shawati membaca pilihan jawapan dengan sepantas kilat Shazana telah menekan butang untuk menjawab soalan tersebut dengan jawapan B.

Namun begitu, pengacara Clever Girl, Alif Satar telah bertanyakan semula kepada Shazana apakah jawapan B tersebut tetapi beliau gagal menjawab. Terdahulu wajah Alif juga ketika itu sedikit terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Shazana.

Rentetan daripada hal itu ramai penonton yang berang kerana Shazana menjawab tanpa mengetahui apakah sebenarnya jawapan di sebalik pilihan B tersebut.

Video yang merakamkan detik ini telah tersebar di alam maya dan rata-rata netizen mendakwa Shazana telah mendapat soalan bocor.

Mohd Salim: muka dia pun dah cuak dah takut kantoi bile alif satar usha dia… nmpk sgt soalan bocor.. patut la penang tarik diri. Mmg patut pun tarik diri.. cam bodo2 je … best lagi Cerita Upin Ipin walaupun Kartun๐Ÿ˜‚

Fanikin Ashikin Afflily: mmg kena maki hamun minah ni..hahaha..soalan blum hbis tnya dh jwb b..alif tnya b tu apa..bleh sengeh senyap mcm kerang busuk..hahaha..stupid girl ade lah..nmpk sgt soaln bocor..booo..

Jaket Biru: Clever Girl tapi tak clever sgt pun. Punya bijak, choices jawapan baru sebut A, dia dh boleh jawab B. haha keje kantoi soalan bocor celah mane clever nye ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Mohd Dasuky: So memng btl la apa yg peserta yg tarik diri tu ckp sblm ni, ni bkn rancangan clever girl, tpi kroni girl, baik ko trus nobatkn je dia pemenang, yg lain tu smua jadi boneka je dlm rancagan ni
Powered by Blogger.