Berita Terkini
recent

Perasaan bercampur baur: Fouziah Gous menghitung hari


TIADA apa yang lebih menggembirakan seorang wanita yang diberi peluang untuk hamil dan melahirkan cahaya mata buat suami tercinta.

Kebiasaannya, wanita yang hamil anak pertama dipenuhi rasa teruja dan debaran, namun perasaan itu mula bercampur baur dengan emosi apabila anak kedua bakal dilahirkan.

Lebih-lebih lagi jika anak sulung belum pun menginjak ke usia dua tahun dan rapat dengan ibunya.

Begitulah yang dirasai pelakon dan pengacara, Fouziah Gous yang kini sarat hamil 38 minggu.

Menghitung hari untuk bersalin, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous, berkongsi bersama Media Hiburan, segala persiapan sudah dilakukan dari awal.

Bagaimanapun, dalam keterujaan menimang cahaya mata kedua ini, jiwanya sedikit beremosi setiap kali memandang putera pertamanya, Muhammad Zeeshan, yang bakal menginjak ke usia dua tahun 26 November depan.

"Sejak saya hamil, Zeeshan bertambah manja, jalan dalam rumah berpegangan tangan, kadang kala dia nak kita dukung. Setiap malam, dia dah pandai cium perut saya, bermakna dia cium adiknya.

"Memang dari awal, saya sudah beri hint dan maklumkan pada dia, supaya dia tak terkejut. Saya juga layankan kemahuan dia, macam dia nak berdukung walaupun adakala memang tak larat, tapi saya bimbang nanti bila dalam pantang, saya tak dapat layan dia seperti sekarang dan dia rasa terasing," katanya yang turut menerima perasaan sama  daripada peminat selepas berkongsi perasaannya di media sosial.

Bagaimanapun, Fouziah berpendapat itu antara perasaan ibu yang bakal menyambut anak kedua.

Bakal mendedahkan jantina anak sebaik selamat melahirkan kelak, Fouziah berkata, dia akan meneruskan perkara yang dilakukan ketika menyambut Zeeshan sebelum ini.


"Tidak ada apa yang mahu saya sembunyikan, sebagaimana saya umumkan sebaik bersalin Zeeshan, begitu juga dengan adiknya nanti.

"Buat masa ini saya dah tahu apa jantinanya, tapi biarlah saya umumkan sekali nanti. Mudah dan pasti itu jantinanya. Takut kongsi sekarang, tapi nanti berbeza pula," jelasnya yang baru sahaja mengadakan kenduri doa selamat, baru-baru ini.

Tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang mengadakan baby shower, Fouziah dan suaminya, Zhafran Yusof, 34, lebih selesa mengadakan kenduri doa selamat.

"Sebenarnya ini macam wish saya kepada Zhafran untuk adakan doa selamat saja dan majlis tersebut dikemudikan oleh Ustaz Fauzi Mustaffa.

"Alhamdulillah kebetulan itu sahaja tarikh yang Ustaz Fauzi free, jadi saya buat sahaja secara sederhana dengan turut menjemput anak-anak tahfiz dari Sungai Buloh sertai dihadiri, Ustaz Mohd Sujak Mohd Dasuki, yang juga Pegawai Tadbir Agama Jabatan Agama Islam Selangor.

"Apa yang saya mahukan adalah anak-anak saya mendapat doa-doa daripada guru-guru yang hebat. Alhamdulillah hasrat saya itu dimakbulkan ALLAH SWT," ujarnya.

Ukur baju di badan sendiri

Sementara itu, ditanya mengenai kritikan yang dilemparkan netizen setelah videonya bermain tali skipping di sebuah gimnasium ketika hamil viral, Fouziah tidak melatah dengan perkara tersebut.

"Itu baru saya upload sikit, belum lagi saya kongsikan aktiviti muay thai ketika hamil.

Bagi Fouziah, semua perkara yang ingin dilakukan ibarat mengukur baju di badan sendiri dan bersenam tidak menjadi masalah jika dijadikan aktiviti tetap.

"Lainlah kalau kita tak biasa bersenam dari awal, dan tiba-tiba bersenam ketika hamil, itu mungkin menjadi bahaya kepada anak di dalam kandungan.

"Kalau ikutkan ketika saya hamil dua bulan dan belum tahu, saya ada melakukan aktiviti muay thai yang heavy. Tapi Alhamdulillah, semua selamat.

"Apa-apa pun sebelum melakukan aktiviti seperti ini, saya akan rujuk doktor terlebih dahulu," katanya yang masih melakukan aktiviti ringan dan banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.