Berita Terkini
recent

Perang dadah: Duterte tarik kuasa polis

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menarik balik kuasa pasukan polis daripada mengetuai kempen memerangi dadahnya.

Menurut laporan BBC, Agensi Anti-Dadah akan mengambil alih tugas tersebut.

Duterte telah menggantung kuasa polis Januari lalu selepas mendakwa pasukan tersebut mengambil rasuah, tetapi kuasa berkenaan diberikan kembali tidak lama kemudian.


Penggantungan tersebut berlaku selepas seorang usahawan warga Korea Selatan diculik dan dibunuh oleh pasukan polis.


Kontroversi berprofil tinggi melanda pasukan polis selepas seorang remaja maut di Caloocan pada 16 Ogos.

Polis mengatakan remaja berusia 17 tahun berkenaan melarikan diri, memaksa polis melepaskan tembak yang menyebabkan mangsa terbunuh.

Ibu bapa mangsa menafikan penglibatan mangsa dengan dadah, dan rakaman CCTV menunjukkan remaja tersebut diheret polis, berlawanan dengan dakwaan mangsa melarikan diri.

Selain itu, seorang saksi mengatakan polis cuba meletakkan pistol pada mayat mangsa.

Disebabkan kontroversi berkenaan, 1,200 polis dari ibu kota Manila dilatih semula dan tugaskan di unit lain.

Sementara itu, polis Filipina mengatakan mereka telah membunuh lebih 3,850 individu dalam operasi anti-dadah semenjak Duterte memegang jawatan.

Setakat ini, beribu-ribu rakyat Filipina telah menyuarakan bantahan mereka terhadap kempen Duterte namun tidak dilayan
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.