Berita Terkini
recent

Penyanyi Duo K-pop Dianiaya Peminat

PENYANYI duo iaitu Yongguk dan Sihyun dianiaya apabila terdapat sesetengah peminat menghantar makanan yang telah luput dan basi kepada mereka.

Menurut laporan Koreaboo, agensi pengurusan mereka, Choon Entertainment tidak lagi membenarkan peminat menghantar makanan kepada duo itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Ada sesetengah peminat sengaja menghantar makanan yang telah basi dan tamat tempoh.
"Mereka pastinya berniat tidak baik terhadap artis kami," ujar wakil Choon Entertainment.
Agensi itu turut memohon agar peminat faham dengan larangan itu dan tidak lagi menghantar pemberian dalam bentuk makanan atau minuman.

Katanya, tindakan itu adalah satu langkah untuk melindungi artis naungan mereka.

Tindakan tidak waras itu turut menimbulkan kemarahan dalam kalangan peminat lain kerana mereka tidak lagi dapat memberi hadiah berupa makanan dan minuman buat artis kesayangan mereka.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.