Berita Terkini
recent

Penyampai Radio Nadira Azizan Meninggal Dunia

Pengurus Kandungan THR Gegar, Nadira Azizan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi kira-kira pukul 7.10 pagi Ahad.

Berita itu disahkan oleh suaminya Hasrulrizal Hassan .

Nadira atau nama sebenarnya Khidirah Naimah Mohd Zain, 41, dimasukkan ke hospital berkenaan kira-kira pukul 3 pagi Isnin lalu selepas mengalami demam ketika berada di Kota Bharu, Kelantan sewaktu mengadakan promosi saluran radio itu.

Sebaik pulang ke Kuala Lumpur pada malam Ahad, dia terus dibawa oleh Hasrulrizal ke KPJ Kajang untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HKL dan di tempatkan di wad ICU.


Nadira antara individu awal di Era FM dan sering menjadi penyampai radio ganti ketika juruhebah lain bercuti.

Pada tahun 2008 dia dipindahkan ke THR Gegar sebagai Eksekutif Muzik sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kandungan untuk pendengar siaran radio Pantai Timur itu.

Nadira seorang penyampai radio yang disenangi ramai kerana sikap ramah dan tinggi budi bahasanya.

Menurut Hasrulrizal, jenazah dijadual akan disembahyangkan di masjid Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini dan dikebumikan tanah perkuburan Islam di situ.

Selain suami, Allahyarham meninggalkan lima orang anak.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.