Pengurus Kandungan THR meninggal dunia

PENGURUS Kandungan THR meninggal dunia, Nadira Azizan disahkan meninggal dunia akibat demam denggi hari ini.

Menurut suami, Hasrul Rizal Hassan, Nadira, 41, disahkan tidak dapat diselamatkan jam 7.10 pagi di wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur tadi.

"Jenazah akan disolatkan di masjid Universiti Putra Malaysia, Serdang.

"Jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam UPM selepas semua selesai," katanya.

Beliau dalam masa sama meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat spekulasi terhadap kematiannya.

"Memang kerana denggi. Jangan tambah-tambah punca lain seperi kencing tikus dan lain-lain," katanya lagi.

Nadira meninggalkan lima anak dan suami.
Pengurus Kandungan THR meninggal dunia Pengurus Kandungan THR meninggal dunia Reviewed by Kakigosip on 06:03:00 Rating: 5
Powered by Blogger.