Berita Terkini
recent

Penggunaan pembesar suara bagi ceramah, kuliah dihadkan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah di seluruh negeri ini hendaklah dihadkan hanya di dalam bangunan masjid dan surau kecuali untuk laungan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Larangan ini bertujuan bagi memelihara imej agama Islam yang mementingkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.

Raja-raja Melayu berpendirian bahawa imej Islam sebagai Agama Persekutuan adalah agama yang menggalakkan penganutnya bersikap toleransi, sederhana dan inklusif dan wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterlaluan dan memisahkan rakyat.

Baginda mengeluarkan titah berkenaan melalui Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais hari ini.


Titah berkenaan dibuat susulan tindakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja),  Zamihan Mat Zain yang menyampaikan ceramah di sebuah masjid yang dikatakan berbaur perkauman dan menghina Sultan Johor.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.