Berita Terkini
recent

Pengarah Beauty and The Beast Gagal Pujuk Beyonce

Pengarah filem Beauty and The Beast, Bill Condon memaklumkan penyanyi Beyonce berpotensi berlakon dalam filem arahannya itu.

Menerusi portal hiburan E! News, Bill Condon berkata, dia berniat untuk menawarkan karakter Plumette kepada Beyonce.

"Saya cuba untuk menyenaraikan namanya dalam Beauty and The Beast, tapi watak itu tidak cukup besar untuknya. Saya rasa dia boleh menjadi feather duster (pembersih bulu ayam) yang bagus," katanya.

Pengarah ini turut mendedahkan telah menawarkan watak tersebut kepada Beyonce sebanyak dua kali, namun cubaannya itu gagal dan akhirnya watak Plumette diberikan kepada Gugu Mbatha-Raw.

Meskipun menolak tawaran tersebut, Beyonce tetap menghadiri tayangan perdana filem tersebut bersama keluarga.

Ini bukan kali pertama penyanyi lagu Listen ini hampir membintangi filem disney, sebelum ini dia merupakan antara calon yang bakal mengisi suara watak Tiana dalam The Princess and The Frog.

Filem yang ditayangkan pada Mac lalu menampilkan pelakon terkenal Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens (Beast) dan Luke Evans (Gaston).

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.