Berita Terkini
recent

Pengakhiran perkahwinan adalah jalan terbaik

USAHAWAN kosmetik, Joy Refva nama sebenarnya Siti Arifah Amin menegaskan pengakhiran perkahwinannya bersama penyanyi, Hafiz Hamidun merupakan jalan terbaik untuk kedua-dua pihak.

Beliau turut memberitahu dirinya berhasrat menunaikan umrah dalam masa terdekat.




"Saya bersyukur ianya selesai dan akan memfokuskan kehidupan dengan anak serta perniagaan kosmetik," katanya.


Sementara itu, Hafiz turut meluahkan perasaan lega apabila kemelut rumah tangganya berakhir.

"Saya bersyukur apabila episod berbulan -bulan ini tamat hari ini. "Saya dan keluarga ikhlas maafkan Joy dan tiada dendam terhadapnya," katanya.

Beliau optimis apa yang berlaku terhadap mereka berdua mempunyai hikmah tersendiri.

"Saya harap orang lain juga ambil pengajaran dan saya juga belajar sesuatu," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.