Berita Terkini
recent

Pendapat muktamad Mazhab Syafie


Masyarakat Islam Nusantara khususnya Malaysia bermazhab Syafie, namun berapa ramaikah yang tahu dengan mendalam siapakah pengasas mazhab ini dan perkara yang berkaitan dengannya.

Penganjuran Seminar Al-Mu’tamad fi Al-Fiqh Al-Shafi’i  yang berlangsung hari ini memfokuskan dan membincangkan  maksud qawl mu’tamad’ (pandangan yang muktamad) dalam Mazhab Shafie.

Sekretariat seminar, Zahiruddin Zabidi berkata, dengan perkembangan ilmu mutakhir dan lahirnya ramai ilmuwan akademik di peringkat antarabangsa dari Malaysia terutamanya merumuskan wacana qawl mu’tamad Mazhab Shafi’i wajar dikembangkan.

Katanya, ini kerana ada dalam kalangan ulama bermazhab Shafie yang dipanggil ashab al-wujuh atau ulama Shafi’iyyah berbeza pandangan sesama mereka walaupun dengan pengasasnya sendiri iaitu Imam Shafie.

“Kadang-kadang kita dapati amalan mazhab Shafie versi kita di Malaysia berbeza dengan mazhab Shafie dari negara lain khususnya di negara Arab. Ini menarik, rupa-rupanya kita di Malaysia dan Nusantara amnya ada kaedah khas atau mempunyai versi Mazhab Shafie tersendiri berdasarkan kitab-rujukan khas kita khususnya dalam bab fiqh seperti Sabilal Muhtadin dan Matla’ Badrayn wa Majma’ Al-Bahrayn.

“Seminar yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ini mahu memperkenalkan dan mempopularkan kitab Al-Mu’tamad fi Al-Fiqh Al-Shafi’i yang dikarang oleh Prof Dr Shaykh Muhammad Mustafa Al-Zuhayli iaitu adik kepada Prof Dr Shaykh Wahbah Mustafa Al-Zuhayli.

“Beliau menulisnya secara komprehensif dengan mengambil pandangan paling kuat dalam mazhab merujuk kepada kitab muktabar mazhab. Beliau sendiri berpengalaman lebih 50 tahun dalam belajar dan mengajar fiqh Shafie selain latihan ilmiah ijazah sarjana muda, tesis sarjana dan doktor falsafah  beliau pun dalam Mazhab Shafie,” katanya.

Zahiruddin menambah, walaupun begitu, tetap ada kritikan daripada ilmuwan lain terhadap karya tersebut dan ia biasa dalam bidang keilmuan fekah berkaitan mazhah. Selain  dua kitab jawi yang disebutkan di atas ramai juga asatizah mengajar fiqah Shafie menjadikan kitab Fiqh Al-Manhaji ‘ala Mazhab Al-Shafi’i yang ditulis oleh Prof Dr Mustafa Dib Al-Bugha dan Prof Dr Mustafa al-Khin sebagai rujukan. Ia diterjemah secara meluaskan dalam bahasa Melayu dan versi terbaik adalah terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terjemahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, Kitab Al-Mu’tamad fi Al-Fiqh Al-Shafi’i ada diterjemahkan oleh sekumpulan asatizah namun masih belum lengkap, namun sudah ada edisi terjemahan lengkap bahasa Melayunya diterbitkan Berlian Publication dan naskhah inilah digunakan sebagai subjek seminar ini.

Sebarang persoalan berhubung seminar boleh hubungi Abu Mustaqeem (013-969 8869) atau Abu Ebraheem di 017-2211426.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.