Berita Terkini
recent

Peminat Seronok Emma Sokong Kamal Adli Untuk Super Spontan Final


Tempoh hari heboh industri seni tentang kisah cinta pasangan pelakon, Emma Maembong dan Kamal Adli yang telah putus.

Kenyataan ‘putus’ itu disebut sendiri oleh Emma menerusi satu video temubual dirinya bersama salah sebuah portal hiburan.

Namun begitu dalam video tersebut Emma ada berkata, walaupun mereka bukan pasangan kekasih lagi tetapi dia tetap akan menjadi sahabat kepada Kamal dan tidak mahu bermusuh.

Semalam, Emma telah berkongsi satu foto Kamal sebagai salah seorang peserta final untuk program Super Spontan yang bakal berlangsung malam ini.

Pelakon ini bersyukur dan gembira kerana Kamal dapat melayakkan diri ke peringkat akhir.
Dalam pada itu Emma juga turut menyeru orang ramai untuk mengundi Kamal dalam pertandingan itu nanti.

“Alhamdullilah sampai ke final jgk ! Pls guys vote for @kamaladli ! All the best for tomorrow !
#emmamaembong #emavengers @emavengers,” tulis Emma di ruang kapsyen perkongsiannya.

Rata-rata pengikut dan peminat Emma dilihat sangat gembira dengan sokongan yang diberikan oleh Emma kepada Kamal walaupun pelakon wanita ini sendiri telah menyatakan hubungan mereka telah putus.

yusuf_almuazzin_official: Apa yg pelik ni takkan la gaduh xbole nak sokong satu sama lain…

athzwanneesabri: Ta kisah whatever on your both status, just want to wish you guys the best of luck with your live. Ada jodoh ta ke mana kan ? Ta kisah la kawan ke putus ke apa ke janji ta bermusuh antara sesama umat islam. Chill eh akak @emma_maembongofficial abg @kamaladli i loveyou guys 😘😘😍😙😚

natraashikinscarf: Terbaaik laaa sis @emma_maembongofficial good luck bro @kamaladli 😘😘😘😉
Ada juga yang masih mengharapkan agar hubungan Emma dan Kamal pulih seperti sediakala.

farahwanis14: good luck for u @kamaladli . jage @emma_maembongofficial baek2 ye…emma tu comel dan jujur…semoga prhbungan korng brdua smpi ke jnjang pelamin

rinajulainmuhaji: Yeay!!!! Kawin cepat laaa😢
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.