Berita Terkini
recent

Peminat Sebar Jadual Aktiviti Wanna One

JADUAL peribadi Wanna One dilaporkan tersebar selepas seorang peminat fanatik berjaya mendapat maklumat itu daripada seorang staf syarikat pengurusan kumpulan itu, YMC Entertainment.

Koreaboo melaporkan beberapa paparan skrin perbualan di antara mereka tersebar dan jelas staf itu membocorkan maklumat peribadi Wanna One tanpa kebenaran.

Paparan skrin itu juga menunjukkan peminat yang menggunakan nama @ppforwoojin1102
berinteraksi dan mendapat maklumat sulit itu daripada seorang lelaki dikenali sebagai Kim Eun Jo.
Eun Jo juga didakwa mendedahkan jadual penerbangan Wanna One kepada peminat fanatik itu.
Dalam pada itu, YMC Entertainment menafikan pembabitan kakitangan mereka dalam kes itu dan mendakwa syarikat itu tiada staf bernama Kim Eun Jo.

Walaupun kelab peminat berjaya tampil dengan bukti kewujudan lelaki itu namun agensi itu tetap menafikannya.

Malah mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang berterusan membuat fitnah terhadap kakitangan syarikat itu.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.