Berita Terkini
recent

Peminat GV4 Pilih Liza Hanim

PENYANYI Liza Hanim berasa sedikit tertekan dengan harapan peminat yang ingin melihat dia menjadi juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4).

Menurut Liza, 38, dia mengetahui ada peminat meletakkannya sebagai sasaran meraih gelaran juara meskipun pertandingan baru bermula.

"Mulanya agak tertekan, yalah... semua orang letak harapan tinggi, tetapi bagi saya kalau tak ada target pun susah juga.

"Sekarang ini saya hanya nak pastikan setiap persembahan dilakukan dengan baik dan tumpuan sepenuhnya kepada pertandingan ini.

"Bagaimanapun, saya kena ingat, semua peserta turut meletakkan harapan untuk menang," katanya .

Liza ditemui pada sidang media Konsert GV4 minggu pertama di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.

Dalam konsert minggu pertama GV4, Liza menyanyikan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga dan mendapat pujian positif juri profesional.


Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim turut berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan pada malam itu.

"Sebenarnya, saya tak sihat sejak beberapa hari lalu dan sedikit ralat sebab tak dapat nak bagi lebih.
"Lagi pula bila dah lama tak perform tapi tak dapat nak bagi persembahan sepenuhnya kerana masalah kesihatan. Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan baik.

"Saya ada minta pendapat bekas peserta musim terdahulu dan mereka beri kata-kata nasihat yang berguna sepanjang berada di pentas GV ini," katanya.

Selain Liza, lima lagi peserta wanita yang turut bertanding ialah Aishah, Haida, Elyana, Syura dan Raja Azura manakala Aqasha, Ferhad, Tia Jinbara, Lan Kristal, Firman serta Hazami wakil peserta lelaki.

Ia diadili oleh dua juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta seorang juri jemputan setiap minggu.

Sementara itu dalam undian awam dilakukan Kakigosip setakat pukul 6 petang Isnin, pembaca portal ini memilih Liza Hanim sebagai peserta paling hebat dengan 39 peratus undian manakala Aishah menduduki tempat kedua (30 peratus) dan Elyana di tangga ke tiga (9 peratus).

Peserta paling rendah pula ialah Hiada, Tia (Jin Bara) dan Ferhad yang kesemuanya mendapat 0 peratus.

GV4 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.