Berita Terkini
recent

Peminat Cair Lihat Putera Mateen Bertinju

Siapa yang tak kenal putera kacak dari Brunei ini kan. Nama Putera Mateen barangkali bukan lagi asing di bibir para peminat di Brunei, malah Malaysia juga.

Namanya menjadi tular di media sosial dan berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia khususnya di kalangan wanita.

Terbaru, menerusi entri di Instagram milik Putera Mateen, dia telah berkongsi satu gambarnya di pusat latihan tinju.

Wow, bukan setakat mempunyai personaliti yang lengkap untuk menjadi seorang putera idaman, malah memiliki tubuh yang sasa membuatkan ramai wanita di luar sana boleh cair melebur.

Ruangan komen di Instagram Putera Mateen juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan tidak ketinggalan meninggalkan ribuan komen.
Malah, gambar tersebut juga mendapat reaksi nakal daripada peminat wanita.

Perkongsian Putera Mateen itu telah menerima lebih daripada 83,000 likes setakat ini.

Putera Mateen seorang yang aktif bersukan, maka tidak hai­ranlah jika beliau memiliki bakat bermain bola sepak, polo, ekuestrian, golf dan sukan tinju.

Disebabkan itu, pesona sempurna dimiliki putera raja itu yang aktif bersukan menjadikan beliau kelihatan hebat di mata peminat fanatiknya.

Dilihat juga Putera Raja ini memelihara beberapa ekor anak harimau yang dibela di kediamannya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.