Berita Terkini
recent

Pelanggan lebih puas

Penggemar karya Korea Selatan kini tidak perlu bersusah payah mencari filem dan drama digemari kerana boleh disaksikan menerusi aplikasi iflix.

Bagi filem, penyedia perkhidmatan televisyen Internet itu memperkenalkan karya popular terbitan tvN Movies, antaranya Train to Busan, Fabricated City, My Annoying Brother, A Warewolf Boy dan Sunny Master.

Bagi drama bersiri pula ialah W-Two Worlds, Weightlifting Fairy, Infinite Challenge dan The Flower in Prison menerusi saluran Oh!K.

Pengarah Pemasaran iflix Asia, Jason Monteiro berkata, penambahan saluran dan karya baru bagi memantapkan lagi kandungan siaran iflix.

“Semua karya baru ini dipilih berdasarkan permintaan pelanggan serta pemerhatian kami terhadap jenis karya ditonton mereka menerusi aplikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi memperkenalkan segmen baru perkhidmatan iflix kepada media, baru-baru ini.

Menurutnya, iflix kini menyediakan perkhidmatannya kepada lebih satu bilion pengguna di 22 negara di Asia, Timur Tengah dan Afrika.

“Iflix berjaya berkembang sebagai penyedia perkhidmatan televisyen Internet utama dalam penstriman video.

“Kini, pengguna mempunyai pilihan luas untuk menyaksikan program televisyen, drama dan filem kegemaraan,” katanya.

Monteiro berkata, kerjasama iflix dengan penyedia saluran dan produksi membolehkan pelanggan menikmati hiburan yang antaranya boleh ditonton selepas 24 jam disiarkan di Amerika Syarikat.

Saluran lain ditambah dalam iflix ialah Aniplus yang membawakan Attack on Titan, Erased, Bungo Stray Dogs, Kiznaiver selain Is It Wrong To Pick Up Girls From a Dungeon.

Tidak ketinggalan filem Melayu tempatan KL Gangster, Rindu Awal 200%, Juvana, Karak, KL Zombi, Highland Tower dan Magika.

Filem aksi Hollywood seperti Pearl Harbour, Kill Bill Volume 1 & 2, trilogi The Expendables, Kick-Ass serta Jack Reacher.

Selain itu, saluran drama dimantapkan lagi dengan siri Transcendence, 50/50, Midnight, Texas, Gossip Girl dan The Vampire Diaries.

Menariknya, iflix turut menawarkan program televisyen dan filem dalam format definisi tinggi yang disertakan sistem naik taraf audio secara percuma.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.