Berita Terkini
recent

Pelakon Beego Hilang Ayah

 Bapa kepada pelakon Beego iaitu Khalib Abd Majid, 72, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang dan paru-paru, kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin.

Beego atau nama sebenarnya, Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 37, berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Johor Bahru untuk urusan pengebumian, selepas disembahyangkan di Masjid Bukit Antarabangsa, selepas Asar.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak sebulan lalu akibat sakit kencing manis dan kaki kanannya terpaksa dipotong.

"Selepas itu, keadaan dia agak stabil tapi malam tadi tiba-tiba tekanan darah rendah dan dia dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehinggalah pagi tadi Allahyarham disahkan meninggal akibat pelbagai komplikasi," ujarnya..

Beego berkata, dia turut terkilan tidak dapat berada disisi bapanya berikutan berada di Johor Bahru bagi menguruskan majlis perkahwinan ahli keluarga lain.

Dalam pada itu, Beego berkata, dia reda dengan pemergian bapanya yang sudah lama menderita akibat penyakit berkenaan.

"Saya di Johor sejak dua hari lalu kerana mewakilkan keluarga ke kenduri saudara kami. Malam tadi dapat berita ayah kritikal dan pagi ini pula meninggal dunia. Sebelum ini dia ada berpesan agar saya jaga isteri dan rumah tangga baik-baik dan jangan abaikan adik beradik lain.

"Jadi saya tunggu sahaja jenazah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Johor Bahru, Insya-Allah malam ini," ujarnya.


Powered by Blogger.