Berita Terkini
recent

Pelakon Amyra, Amar timang anak lelaki

PELAKON Amyra Rosli dan Amar Baharin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira 12 tengah hari tadi.

Amyra dan Amar saling berkongsi berita kelahiran putera mereka di laman Instagram dengan memuat naik foto tangan bayi berkenaan.

Foto tersebut diiringi ucapan syukur dan doa memohon perlindungan untuk anak mereka.

"Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulis Amyra.

Amyra merupakan puteri kepada Rosli Awang, Timbalan Ketua Jurufotografi, Meja Foto Bernama.

Amyra dan Amar bernikah pada 11 November 2016.

Sementara itu, Rosli ketika dihubungi berkata Amyra bersalin secara normal pada 12.07 tengah hari  selepas dimasukkan ke Prince Court Medical Centre di sini pada 12 tengah malam tadi.

Beliau turut melahirkan rasa gembira atas kelahiran cucu sulungnya itu.

“Alhamdulillah semuanya selamat  berkat doa daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat Amyra dan Amar," katanya
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.