Berita Terkini
recent

Pelakon Amyra, Amar Timang Anak Lelaki

Pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka kira-kira 12 tengah hari tadi.

Amyra dan Amar saling berkongsi berita kelahiran putera mereka di laman Instagram dengan memuat naik foto tangan bayi berkenaan.

Foto tersebut diiringi ucapan syukur dan doa memohon perlindungan untuk anak mereka.

"Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulis Amyra.

Amyra merupakan puteri kepada Rosli Awang, Timbalan Ketua Jurufotografi, Meja Foto Bernama.

Amyra dan Amar bernikah pada 11 Nov 2016.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.