Berita Terkini
recent

Pelajar maut, 3 masih hilang dihanyut kepala air

Seorang pelajar berusia 11 tahun ditemui lemas apabila dihanyutkan arus deras atau kepala air ketika berkelah bersama keluarga, di Pusat Rekreasi Lubuk Semilang, Kuah, petang tadi.

Mangsa, Qistina Puteri Wira ditemukan di kawasan sungai berhampiran  Pasar Ulu Melaka oleh orang awam.

Manakala tiga lagi mangsa, iaitu Siti Aishah Kassim,5; Iman Wahidah, 11 dan Anis Syakirah, 12, masih belum ditemui.


Dua mangsa, Alif Akmal Md Zamri, 12 dan Adib Irfan Saad, 11, berjaya diselamatkan oleh pekerja pusat rekreasi terbabit.



Menurut Pegawai Pertahanan Awam (APM) Langkawi, Leftenan (PA) Nalzatul Ashikin Nordin, yang turut serta dalam operasi pencarian, kesemua mangsa datang bersama ahli keluarga masing-masing.

"Kejadian berlaku lebih kurang 4.35 petang, enam pelajar itu dihanyutkan air deras, hanya dua dapat diselamatkan," katanya.

Menurutnya, empat keluarga itu menjalankan aktiviti riadah, namun secara tiba-tiba kepala air berlaku  menyebabkan kesemua mangsa hanyut.

"Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Langkawi, seorang lelaki turut cedera ketika cuba menyelamatkan mangsa dan diberikan rawatan di hospital,"katanya.

Gerakan mencari masih diteruskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, APM, Polis serta penduduk setempat.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.