Berita Terkini
recent

Pekira gesa Umno pecat Jamal Yunos

Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira) menggesa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dipecat daripada parti berkenaan.

Presiden Pekira, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, walaupun Jamal menggunakan nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan tindakan 'samsengnya' selama ini, ia memberi kesan kepada parti disertai beliau.

“Kalau nak bertindak dalam satu-satu isu, perlu ada fakta dan jangan bertindak seperti orang tidak siuman. NGO ini telah merosakkan nama Umno.

“Jamal secara tidak langsung mewujudkan persepsi  orang Umno itu perangai buruk, dia kebal dan tidak dikenakan tindakan undang-undang walaupun melakukan perkara salah serta menerima arahan daripada pimpinan tertinggi parti,” katanya, semalam.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.