Berita Terkini
recent

Pavilion Kecoh Datuk Vida Muncul Berbaju Tidur

USAHAWAN kosmetik terkenal Datuk Seri Vida dikejutkan dengan sebuah kek seberat 87 kilogram bersempena pelancaran muzik video I Am Me yang diadakan pada Rabu.

Kek berwarna merah jambu dan putih itu dihaisi dengan replika wang pelbagai negara selain patung dirinya di dalam tab mandi yang diletakkan di atas kek tersebut.

Tambah menarik kek berharga RM26,000 itu sarat dihiasi dengan batu Swarovski.

“Terima kasih kepada yang menghadiahkan kek ini dan ia benar-benar melambangkan diri saya,” katanya.

Sebelum itu, Pavilion Kuala Lumpur kecoh apabila Vida tiba dengan kenderaan mewah Lamborghini berwarna merah jambu untuk majlis pelancaran muzik video lagunya, I Am Me di Red Box Plus.


Vida yang tampil dengan pakaian tidur dari rona sedondon dengan kereta mewahnya menjadi perhatian peminat dan pelancong yang berada di perkarangan pusat beli-belah itu.

Memandu sendiri Lamborghini berkenaan Vida sempat bertegur sapa dengan para peminat sebelum menuju ke lokasi pelancaran muzik videonya.

Muzik video I Am Me dinanti-nantikan oleh peminat yang dilaporkan melibatkan kos RM1 juta untuk disiapkan dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar.

Vida memberitahu penggambaran muzik video dilakukan selama dua minggu di kediaman mewahnya di Ipoh, Perak yang menampilkan konsep mewah, glamor, cekal dan ranggi.

“Alhamdulillah muzik video lirik I Am Me sebelum ini mencecah 9 juta tontonan dan berharap peminat akan menyukai muzik video terbaharu ini.

“Saya mencurahkan pelbagai idea untuk menghasilkan muzik video ini dengan bantuan Ghaz dan dia telah merialisasikannya dengan baik,” kata Vida.

Kata Ghaz pula, dia baharu sahaja menyiapkan proses suntingan video itu pada pukul 3 pagi Rabu (hari ini).


Powered by Blogger.