Berita Terkini
recent

Pas mungkin boleh kalah dalam PRU: Nasrudin

Pas mungkin boleh kalah dalam pilihan raya tetapi tidak pernah kalah dalam perjuangannya.

Ini kerana menurut Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, Pas mempunyai masa depan yang cerah dalam arena politik negara.

Kata Nasruddin, Pas memiliki generasi pelapis yang mantap dan ia berjaya dibuktikan menerusi pelancaran Jentera Pilihanraya Perak dan Kedah.

"Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua himpunan tersebut melepasi angka sasar. Kehadiran lima ribu sasaran di Kuala Kangsar Perak dan 12 ribu sasaran di Kota Sarang Semut Kedah.

"Saya berkesempatan hadir di dua himpunan tersebut. Majlis berlangsung pada 28 Oktober (Sabtu). Jam 2.30 petang di Kuala Kangsar dan 9.30 malam di Kota Sarang Semut.

"Sekali lagi menyaksikan anak-anak muda menepati 80 peratus kehadiran dengan semangat waja dan kental berjuang di ruang demokrasi  untuk memenangkan Pas dalam PRU14 kelak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau dalam masa sama yakin yang Pas akan terus mara dan teguh bersama perjuangan Islam dan prinsipnya.

"Biar menempuh 1001 ujian. Pemimpin pergi dan datang, isu semasa pasang dan surut, namun 'temperature' perjuangan Islam tidak pernah rendah.

"Dasar perjuangan Islam, prinsipnya yang teguh, pendekatannya yang matang dan sejahtera, langkah yang konsisten, sikapnya yang jelas dan kesatuannya yang mantap menjadikan Pas terus mendekati pelbagai pihak dan didekati oleh semua," katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.