Berita Terkini
recent

Pas banyak keluarkan kenyataan sesat: DAP

Pas banyak keluarkan kenyataan (politik) sesat yang ditujukan kepada kebanyakan parti politik pembangkang.

Berbeza dengan dahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut melahirkan rasa hairan berkata, Pas kini tidak lagi 'aktif' menyerang Umno/BN.

"Selalunya konco-konco Umno atau Pas selalu menyerang DAP sebagai parti komunis. Ayah saya (Lim Guan Eng) pernah dikaitkan pertalian darah dengan komunis.

"Itu sama sekali tidak benar. Ada masyarakat Cina yang suka menjemput Umno atau BN dalam majlis mereka dan bukannya DAP, kenapa Pas tidak mahu kaitkan mereka dengan komunis?" soalnya ketika ditemui selepas sidang media hari ini.

Pas semalam mengajak rakyat menolak parti dan mana-mana pihak yang mahu merungkai asas Perlembagaan tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia boleh dianggap sebagai pengkhianat negara yang wajib disingkirkan oleh rakyat.

Menurutnya lagi, pimpinan Pas sekarang lebih suka memainkan sentimen agama bagi memecah belahkan agama dan bangsa di negara ini.

"Mereka akan terus menanam sentimen kebencian. Memang lebih senang menabur rasa benci daripada berkasih sesama manusia.

"Tetapi kami tetap memilih untuk mengasihi sesama manusia," katanya lagi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.