Berita Terkini
recent

Padah nodai kekasih hingga lahirkan anak

Seorang buruh yang merogol pelajar tingkatan satu dari Besut sehingga melahirkan anak, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Hakim Azman Mustaffa membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Rohaizam Mohamad, 24, didapati bersalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa tiga tahun lalu.




Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun lapan bulan di lorong belakang di Kompleks Rakan Muda di Kampung Raja, Besut, jam 12.30 tengah malam, Julai 2014.


Sebelum itu, tertuduh yang juga teman lelaki mangsa mengajak remaja itu bersiar-siar dengan motosikal, sebelum ke lokasi kejadian dan melakukan hubungan seks.


Kejadian hanya disedari kedua-dua ibu bapa mangsa pada 2 April 2015 setelah mangsa menelefon ibunya dari sekolah dan mengadu sakit perut.

Selepas itu, mangsa dibawa ke hospital Besut untuk rawatan sebelum disahkan sedang mengandung sembilan bulan dan melahirkan anak pada petang hari sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa raya, Marsinawati Mohamad Shah

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.