Berita Terkini
recent

Opick Nikah Lagi? ‘Doakan Yang Baik-Baik’

Dikhabarkan berpoligami, Opick bagaimanapun menafikan rumah tangganya sedang bergolak.
Bahkan, katanya, perkara itu sengaja diperbesar-besarkan.

“Di rumah, masih aman. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja,” katanya pada Kakigosip.

Pun begitu, pelantun lagu Dealova itu dilihat kurang selesa dengan pertanyaan media bahkan enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

“Lalalala…cerita yang lain saja. Semua tahu aku diam, di Jakarta aku diam, di Makkah aku diam, di Madinah pun aku diam,” katanya.

Tambahnya lagi, keadaan yang berlaku juga tidak menjejaskan karier seninya.

“Tidak, kamu lihat wajah saya kan (ketawa). Alhamdulillah, doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Opick mendirikan rumah tangga dengan Dian Rositaningrum pada 2002 dan dikurniakan lima cahaya mata.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 43 tahun ini dilaporkan bernikah sekali lagi secara senyap-senyap dengan seorang perempuan bernama Wulan yang juga merupakan penyanyi latar peribadinya.

Situasi itu mengejutkan Dian lantas menyebabkannya memfailkan penceraian baru-baru ini, lapor media Indonesia.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.