Berita Terkini
recent

Norman Hakim Pasang Madu Tiga?

Baru-baru ini berlangsungnya pentas akhir Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-5 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Da’i Hakim telah diumumkan sebagai juara dan kemenangan ini membolehkan Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Luqman Hakim Othman, 22, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000, trofi dan pakej Umrah untuk dua orang.

Bagaimanapun, sepanjang majlis berlangsung, pelakon berbadan sasa, Norman Hakim telah memuatnaik sekeping foto di Instagram miliknya bersama tiga orang jelitawan termasuk isterinya.

Foto itu menunjukkan dia bersama Memey Suhaiza, Erra Fazira dan Fara Fauzana. Ketiga jelitawan termasuk Norman yang hadir pada malam itu sebagai juri awam.

Dalam kapsyen yang ditulis telah menarik perhatian netizen kerana Norman bergurau ketiga wanita ini adalah madu-madunya.

“Madu 3…eh?! Salah ! Hahhaha…” Tulis di Instagram.

Ruangan komen di Instagram Norman juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang meninggalkan pelbagai komen.

Perkongsian pelakon Gerak Khas itu telah menerima lebih daripada 14,000 likes setakat ini. Rata-rata netizen menegur Norman dengan mengatakan gurauan ini mungkin menjadi doa dan khuatiri isterinya akan terasa hati.

Namun, tak kurang juga yang menyokong dengan memberi jaminan bahawa isterinya, Memey pasti akan mengizinkannya berkahwin lagi.

Terdahulu, Norman dan Memey baru sahaja meraikan ulang tahun keenam pernikahan mereka bersama bekas isteri Abby Abadi dan suami, Jai Ezzany.

Apa pun, Norman hanyalah bergurau semata-mata. Pastinya peminat pun memuji keharmonian dan kebahagian Norman dan Memey serta mendoakan agar mereka gembira sehingga ke akhir hayat berdua.
Powered by Blogger.