Berita Terkini
recent

Nak Buat Video 'Slow Motion', Tapi Tersungkur Pula

Perancangan Ruhainies, 25, untuk merakamkan video berlari dalam bentuk gerakan perlahan tidak berjaya apabila dia terpijak akar pokok lalu jatuh tersungkur.



Memetik laporan mStar online, momen malang itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh adik pelakon ini sendiri.

"Saya nak buat video berlari dalam gerakan perlahan. Masa saya lari itu tak nampak ada akar pokok dan menyebabkan kaki tersandung lalu jatuh.

"Video itu diambil memang secara spontan oleh adik saya. Memang menjadi bahan gelak adik-beradik.

"Nasib baik saya sempat tahan guna tangan masa jatuh tu. Hanya bahagian lutut sahaja yang luka,” katanya.

Video Ruhainies itu telah dimuat naik di laman Instagramnya yang kini mencecah lebih 50,000 tontonan dan menerima lebih 200 komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah dan loghat atau bahasa Utara yang digunakan pelakon Menantu Ting Tong itu.

Menurut Ruhainies, video tersebut dirakam ketika dia singgah ke ladang teh, Cameron Highlands pada Selasa lalu sebelum bercuti ke Pulau Pinang bersama keluarga pada Rabu.

"Tak sangka video itu akhirnya menjadi bahan hiburan di Instagram,” tuturnya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.