Berita Terkini
recent

Nadiya dapat watak idaman

Mengidam watak atlet, pelakon Nadiya Nisaa, 32, bersyukur apabila ditawarkan tampil sebagai guru Pendidikan Jasmani menerusi siri terbaru Oh My English! Level Up.

Siri 26 episod yang sudah menemui penonton sejak 1 Oktober itu menampilkan Nadiya sebagai Cikgu Rozita atau Jojie.

Walaupun tidaklah sepenuhnya watak ahli sukan, ia sudah cukup untuk membuatkan Nadiya teruja dan gembira.

“Watak ini sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada saya untuk menterjemahkan minat terhadap sukan.

“Memang sejak dulu apabila ditanya watak dambaan, saya akan cakap ahli sukan,” katanya.

Menurut Nadiya, watak atlet sangat menarik dan dapat memberikan banyak kelebihan kepada pelakon.

“Banyak filem Hollywood dan dari negara lain yang menonjolkan kisah ahli sukan pasti mendapat perhatian penonton.

“Disebabkan itulah saya teringin watak sebegini namun sehingga sekarang belum ada rezeki.

“Jika diberi peluang, saya sanggup menjalani latihan yang ketat dan tidak akan mengeluh,” katanya.

Selain Nadiya, Oh My English! Level Up turut dijayakan Adibah Noor, Tauke Jambu dan Juzztin.

Berdurasi 15 minit setiap episod, drama itu bersiaran di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.