Berita Terkini
recent

'Miss Grand Myanmar' Dakwa Hilang Gelaran Kerana Video Rohingya

Ratu cantik Myanmar mendakwa dia dilucutkan gelaran sebagai pemenang selepas video yang dirakamnya berhubung keganasan yang berlangsung di Rakhine.



Pemenang Miss Grand Myanmar, Shwe Eain Si, 19, memaparkan video itu dalam talian, minggu lalu dan menuduh militan Rohingya memanjangkan kerusuhan itu.

Dalam rakamannya itu, Shwe menuduh militan Arsa dan penyokong mereka mengendalikan kempen media supaya mereka dilihat sebagai mangsa yang ditindas.

Namun, videonya tidak menyatakan serangan tentera Burma terhadap minoriti Rohingya.

Ahad lalu, pengajur pertandingan itu memgumumkan mereka telah melucutkan gelarannya.

Mereka berkata, Shwe melanggar peraturan kontrak dan tidak menunjukkan contoh yang baik namun tidak menyebut videonya itu.

Namun, hari ini Shwe mengaitkan pelucutan gelarannya itu denga videonya menerusi kenyataan pada laman Facebooknya.

"Ya, Shwe Eain Si merakamkan video mengenai keganasan oleh militan Arsa (Arakan Rohingya Salvation Army) di Rakhine tetapi ia bukannya satu kegagalan memaparkan contoh yang baik," kata kenyataan itu.

Shwe turut "diwajibkan sebagai warganegara untuk menggunakan kemasyhurannya untuk menyatakan kebenaran bagi negaranya," katanya.

Kegansan terbaru di Rakhine bermula pada 25 Ogos lalu apabila militan Arsa menyerang pos kawalan dan mengakibat tindak balas daripada tentera Myanmar.

Lebih 500,000 kaum Rohingya melarikan diri ke Bangladesh sejak itu
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.