Berita Terkini
recent

Miley Cyrus Menangis Bertemu Hilary Clinton

PENYANYI kontroversi, Miley Cyrus, menangis kegembiraan sewaktu dipertemukan dengan idolanya, Hilary Clinton, baru-baru ini.

Dia yang menjadi tetamu rancangan bual bicara Tonight Show dipertemukan dengan Hilary sewaktu salah satu episod rancangan berkenaan.

Hollywoodlife melaporkan, Miley begitu teruja untuk bertemu Hilary kerana kagum dengan perjuangan wanita itu.


"Terima kasih Hilary kerana selalu menjadi kekuatan dan harapan buat jutaan wanita muda.

"Kamu adalah wanita contoh dan inspirasi buat kami," ujar Miley.

Miley turut berkongsi gambar pertemuan istimewa itu dengan 72 juta pengikut instagramnya.

Dalam pada itu, Miley kini sedang sibuk mempromosikan album terbaharunya, Younger Now yang dilancarkan pada 29 September lalu.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.