Berita Terkini
recent

"Memang Sah Bukan Tubuh Saya" - Zulin Aziz

Pelakon dan penyampai radio Suria FM Zulin Aziz, 28, menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab apabila gambarnya disunting menjadi foto lucah dan dihantar ke laman Twitternya. Bukan itu saja, dia turut menerima video lucah.

Memetik laporan Harian Metro, Zulin berkata, perkara itu disedari kelmarin selepas membuka Twitter dan mendapati beberapa gambarnya bertudung tetapi badan orang lain.

Zulin berkata individu itu menggunakan akaun Twitter palsu untuk memuatnaik gambarnya itu di laman sosial berkenaan dengan kapsyen lucah.

"Sejak bergelar artis, ini pengalaman pertama saya menerima gangguan lucah sebegini. Saya sudah minta peminat melaporkan kepada pihak Twitter agar akaun palsu itu dipadamkan.

"Memang sah bukan tubuh saya kerana ‘orang’ dalam gambar itu sangat gemuk. Walaupun itu bukan saya dan sedia maklum ia disunting, saya tetap terkejut kerana ada individu tergamak melakukannya.

"Saya rasa akaun Twitter itu milik seorang wanita atau remaja kerana suntingan gambar dan kata-katanya agak keanak-anakkan,” katanya.

Zulin dengan tegas memohon individu terbabit tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia sangat mengaibkan.

Katanya, dia tidak akan membuat laporan polis tetapi jika perkara sama berulang dia terpaksa melaporkannya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.