Berita Terkini
recent

Meluat dengan sikap pemimpin kerajaan

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui bahawa beliau meluat dengan sikap majoriti pemimpin kerajaan, sehingga mendorongnya menyertai parti Bersatu.

Beliau yang juga Naib Presiden parti itu mendakwa, majoriti pemimpin pentadbiran awam sanggup menipu rakyat, dengan cara apa sekalipun untuk mendapatkan apa yang dikehendaki oleh mereka.

"99 peratus daripada mereka penipu dan mereka menipu dalam kebanyakan perkara yang mereka lakukan.



"Mereka bagi sedikit, tetapi ambil banyak hak rakyat. Hak rakyat dicuri dan disamunnya," katanya semasa berucap pada himpunan 'Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi,", hari ini.

Dakwanya, semua pendedahan yang diceritakan oleh segelintir ahli parti pembangkang, yang pernah menjadi penjawat awam adalah betul dan memang terjadi.

Dengan penyertaannya di dalam Bersatu, Abdul Rahman berjanji akan melawan semua tindakan buruk oleh pemimpin kerajaan ketika ini secara habis-habisan.

"Saya akan persiapkan jentera parti saya untuk jelajah satu negara. Jadi, tuan puan tidak perlu takut untuk mengundi kami kerana undi itu rahsia.

"Nak dekat pilihan raya umum, mereka akan berjanji macam-macam," sindirnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.