Berita Terkini
recent

Maya Karin Tidak Takut Dibandingkan Dengan Farahdhiya

PELAKON Maya Karin tidak takut dibandingkan dengan Farahdhiya yang turut memegang watak Tun Fatimah dalam dua teater berasingan yang akan dipentaskan tidak lama lagi.

Jelas aktres berusia 37 tahun ini, dia hanya mengetahui perkara itu setelah memulakan latihan untuk teater Tun Fatimah baru-baru ini.

"Sewaktu latihan untuk teater Tun Fatimah baru saya dapat tahu yang Farahdhiya pun akan pegang watak sama dalam teater Bahara Emas.

"Takut atau tak... saya tiada pilihan. Saya cuma boleh bagi yang terbaik versi saya," ujarnya.

Apa yang lebih menarik, dua teater itu turut berlangsung pada tarikh yang hampir sama.

Teater Tun Fatimah akan dipentaskan pada 20 hingga 21 Oktober di Panggung Bangsawan Melaka manakala teater Bahara Emas akan berlangsung pada 19 hingga 22 Oktober depan bertempat di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Maya berkata dia berasa gementar untuk pementasan teater kali ini.
Jelasnya, ini adalah kali pertama dia perlu bersilat dan perkara itu sememangnya memberi satu cabaran buat dirinya.

Mengulas mengenai gandingan bersama Remy Ishak, Maya mengakui selesa bekerjasama dengan aktor itu.

"Ini adalah gandingan keempat kami. Sebelum ini saya sudah berlakon dalam dua filem dan satu teater dengannya.

"Remy sebenarnya seorang yang kelakar, sempoi dan suka menyakat saya. Jadi, saya memang tiada masalah kerja dengan dia," ujarnya lagi.

Bercakap mengenai perkembangan muzik, aktres jelita ini mendedahkan dia sudahpun merancang untuk projek terbaharu.

Katanya, dia akan memulakan sesi rakaman untuk sebuah lagu berentak balada pop hasil ciptaan Awi Rafael tidak lama lagi.



Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.