Berita Terkini
recent

Maut ketika alih kon di lorong kecemasan

Seorang anggota peronda Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) maut semasa menjalankan tugas mengalihkan dan mengumpulkan kon-kon di laluan kecemasan dalam kejadian di kilometer 231.6, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa, Mohd Nazri Aziz, 28, beralamat di Muar, Johor, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan teruk di bahagian muka, patah tangan

kiri, patah kaki kanan dan kiri serta lain-lain kecederaan.


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Asisten Superintendan Nazrul Ekram Abu Shari, berdasarkan siasatan awal, mangsa iaitu penumpang kenderaan pacuan empat roda (4x4) peronda PLUS sedang


mengalihkan kon dan diekori oleh kenderaan rasmi berkenaan dari belakang semasa melakukan kerja-kerja tersebut.

"Bagaimanapun, sebuah lori hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kenderaan rasmi peronda Plus sehingga menyebabkan mangsa tercampak ke bahu lebuhraya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu kenderaan rasmi berkenaan berusia 57 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Manakala,  pemandu dan penumpang lori mengalami kecederaan

parah dan di rawat di Zon Kuning Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, tadi.

Nazrul berkata, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat esok.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Roslan Sahrani dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.56 petang.

“Kita tiba di lokasi pada jam 4.27 petang membabitkan sebuah lori satu tan dan juga sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) peronda Lebuhraya Plus.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.